[VIDEO] Denda RM 10,000. Amy Mastura MENC4RUT LIVE Waktu Tengah ON AIR. Anda Tengok Dia Cakap Apa Ni – Kepoh Kuat

Posted on

GARA-GARA latah dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan, penyanyi Amy Mastura dan stesen radio Suria FM didenda tidak sampai RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).

Media tempatan melaporkan, denda tersebut telah dijelaskan pada 23 Februari lalu oleh pihak stesen radio swasta berbahasa Melayu berkenaan.
Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Denda tersebut dikenakan susulan tindakan penyanyi Amy Mastura yang terkenal sebagai kaki latah telah mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember tahun lalu.

Oleh kerana penyampai mengusik Amy, tanpa disangka Amy Mastura melatah dengan ayat carutan yang sangat melampau, “Oh p****** kau meletup, p***, p****** hantu.”

Program itu dikendalikan penyampai radio popular, Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi Ali.

Sementara itu Amy Mastura, yang hits dengan lagu Sha Na Na, berkata beliau tidak tahu-menahu tentang denda itu dan enggan memperbesarkan isu tersebut

Sumber:kisahbaru via keramat viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *