Suri rumah maut ditikam – Jenayah

Posted on

KUANTAN 29 Sept. – Seorang suri rumah ditemukan maut selepas ditikam di bahagian perut dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Hijrah, Penor di sini hari ini.

Mayat Norhasila Ismail, 34, ditemukan di ruang tamu oleh suaminya, Nasrul Mansor, 32, kira-kira pukul 12.30 tengah yang baru pulang mengambil dua anak mereka dari sekolah.

Mangsa dipercayai dibunuh sekitar pukul 8 pagi ini selepas pulang ke rumahnya bersama anak bongsunya yang berusia empat tahun daripada menghantar anak sulung dan kedua masing-masing berusia 13 dan 8 tahun ke sekolah.

Mangsa dipercayai diserang di dalam rumah selepas menyedari kehadiran suspek sebelum berlaku pergelutan sehingga menyebabkannya ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada dengan objek tajam. – UTUSAN ONLINE

utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *