SIAPA LEBIH UTAMA MERTUA ATAU IBU BAPA KANDUNG? RAMAI YANG SILAP! – Kepoh Kuat

Posted on

Penjelasan Untuk Isteri: Siapa Lebih Utama Mertua Atau Ibu Bapa Kandung? Ramai Yang Silap!

Kalau isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? kalo suami plak ibu lebih utama dari isteri kan? tp nafkah tu mmg isteri la yg mesti diutamakan.. kan? tp kebajikan ibu bapa takleh diabaikan..

Jawapan:

Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.

 

Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.

Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.

Wallahua’lam. Jazakumullahu khair.

Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab di atas.

KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?

Assalamualaikum.

Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri. Benarkah hal ini.

Jawapan:

Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:

1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.

2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *