“Saya Tak Gentar Kerana Ada Bukti” – Lana Hilang Sabar Dituduh Norshila – Kepoh Kuat

Posted on

Bagaimanapun, kata Lana, dia terkejut apabila melihat Norshila berniaga berhampiran dengan gerainya.

“Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai. Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya.

“Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya. Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Lana, bagi mengelakkan konflik, dia sekadar bersabar meskipun panas hati dengan sikap Norshila.

“Pada hari terakhir, saya sudah tidak boleh bersabar apabila dia masih menyindir saya. Bagi mengelakkan rasa kurang selesa orang sekeliling, saya menariknya ke belakang gerai untuk bertanya sendiri, apa yang dia tidak puas hati sehingga bertindak sedemikian rupa.

“Apatah lagi setiap kali lalu di hadapan gerai, . Sedangkan dia tidak tahu troli terbabit bukan saya punya sebaliknya milik orang lain. Sudah tentu pemilik troli itu rasa kurang senang,” kata Lana.

Dalam pertemuan itu, kata Lana, Shila menjelaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Lana yang kononnya menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sehingga penganjur turut terkena tempias.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa bukan saya yang sebarkan cerita itu sebaliknya semua selebriti yang terbabit dalam bazar di Brunei tahu apa yang berlaku. Malah mereka bercerita sesama sendiri. Saya ada bukti untuk menyangkal tuduhan itu termasuklah perbualan bersama penganjur yang mengadu masalah yang ditimbulkannya.

“Dia juga mengugut mahu menyaman saya. Terus terang, saya tak gentar kerana ada bukti. Malah, penganjur di Brunei bersedia untuk tampil sebagai saksi bagi menjelaskan masalah yang ditimbulkan Norshila,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *