Sampai Tendang Troli! Norshila Amin Bergaduh Dengan Lana Nordin – Kepoh Kuat

Posted on

Lana Tarik Shila Minta Penjelasan

Menurut Lana juga, beliau seperti tidak boleh bersabar dengan perangai Shila yang terus menyindir beliau. Tampil memberanikan diri, Lana menarik Shila ke belakang gerainya dan memohon penjelasan.

“Pada hari terakhir, saya sudah tidak boleh bersabar apabila dia masih menyindir saya. Bagi mengelakkan rasa kurang selesa orang sekeliling, saya menariknya ke belakang gerai untuk bertanya sendiri, apa yang dia tidak puas hati sehingga bertindak sedemikian rupa. Apatah lagi setiap kali lalu di hadapan gerai, dia menyumpah seranah dan menendang troli. Sedangkan dia tidak tahu troli terbabit bukan saya punya sebaliknya milik orang lain. Sudah tentu pemilik troli itu rasa kurang senang,”

Dalam pertemuan itu, kata Lana, Shilamenjelaskan rasa tidak puas hatinya terhadap Lana yang kononnya menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sehingga penganjur turut terkena tempias.

“Saya jelaskan kepadanya bahawa bukan saya yang sebarkan cerita itu sebaliknya semua selebriti yang terbabit dalam bazar di Brunei tahu apa yang berlaku. Malah mereka bercerita sesama sendiri. Saya ada bukti untuk menyangkal tuduhan itu termasuklah perbualan bersama penganjur yang mengadu masalah yang ditimbulkannya. Dia juga mengugut mahu menyaman saya. Terus terang, saya tak gentar kerana ada bukti. Malah, penganjur di Brunei bersedia untuk tampil sebagai saksi bagi menjelaskan masalah yang ditimbulkan Norshila,”

KUALA LUMPUR 09 MARCH 2017. Lana Nordin bersama suami David Mickienzie dan anak Gia Quinn Mckienzie, 1 tahun 2 bulan pada sidang media Lefest di Saloma Bistro NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Sumber : hangat