Rondaan Maritim tiga negara guna konsep ‘Eye In the Sky’ – Nasional

Posted on

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Operasi Rondaan Maritim di perairan Sulu membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka mampu mencegah kes pencorobohan dan penculikan di kawasan tersebut.


Asisten Ketua Staf A5 Markas Pemerintah Operasi Udara, Kolonel Tong Veng Leong berkata, operasi rondaan tersebut yang akan dilancarkan esok diadakan akan menggunakan konsep ‘Eye On The Sky’ yang pernah dilancarkan sebelum ini


Katanya, rondaan itu dijalankan di sekitar perairan Sulu turut membabitkan Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kekuatan aset seperti pesawat CN 235 dan pesawat pengangkut C-130.


“Konsep operasi ini adalah secara trilateral demi mengawal keselamatan negara.


“Ia menjadi satu contoh baik mengenai perpaduan yang wujud di Asean dan kesediaan pelbagai negara untuk bekerjasama melindungi perairan mereka,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.


Operasi rondaan maritim ‘Eye in the Sky’ telah dilancarkan pada tahun 2005 membabitkan negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand bagi mempertingkatkan keselamatan di Selat Melaka daripada ancaman lanun dan pengganas.


Operasi itu yang terbahagi kepada lima sektor dipecahkan kepada setiap negara dengan mengikut tugasan dan peranan masing-masing.


Veng Leong berkata, operasi terbaru yang bakal dilancarkan nanti akan dikoordinasikan di tiga tempat iaitu di Filipina, Indonesia dan Malaysia.


“Ia akan bermula pada bulan hadapan dengan kekuatan aset daripada 1 Skuadron, 14 Skudron dan dibantu oleh 20 Skuadron.


“Yang penting adalah matlamat dalam usaha mengekang ancaman terutama pencerobohan dan kegiatan haram di perairan yang mampu menggugat kedaulatan negara,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE 


utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *