Review Filem Geostorm: Penuh Kontroversi?

Posted on

Semalam (11 Oktober) Hangat.com telah menganjurkan Tayangan Perdana bersama pembaca bertuah kam yang dibawakan khas oleh TGV Cinemas. Untuk anda yang terlepas mengenai tayangan perdana Geostorm, sebelum ini kami ada membuat ‘mini giveaway’ dengan memberi sepasang tiket tayangan filem ini.

Fenomena Alam Yang Dahsyat!

Sebelum menonton filem ini, kami beranggapan Geostorm bakal membawa jalan cerita yang hampir sama dengan filem 2012, Armageddon, The Day After Tomorrow dan seumpamanya. Namun ternyata ianya sedikit berbeza. Masih lagi membawa kepada Hari Kemusnahan, namun kemusnahan tersebut telah terhasil dari satelit ciptaan manusia yang dinamakan “The little man”.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Gerard Butler, Katheryn Winnick, Abbie Cornish, Ed Harris,Andy Garcia,Robert Sheehan dan Jim Sturgess filem ini dikatakan seperti membawa bayangan kepada hari kemusnahan dunia seperti yang dipercayai tamadun barat. Namun menurut pengarahnya, ianya hanyalah filem rekaan dan fiksyen sains semata-mata.

Filem Yang Menelan Kos 15 Juta Pembelanjaan

Menurut Slashfilm.com, Geostorm dikategorikan sebagai salah satu filem termahal pernah dihasilkan. Tertangguh sejak tahun 2014, filem ini juga dikatakan ditayangkan dalam masa yang tidak sesuai. Dengan tema filemnya sedemikan rupa, secara kebetulan ianya merupakan bulan dimana Texas, Florida, Puerto Rico dan U.S Virgin Islands dilanda Taufan Harvey danIrma sekaligus mencetuskan kontroversi di negara itu.

Apa pun bagi kami di Hangat.com, filem ini merupakan sebuah naskhah terbaik dengan pelbagai kesan khas telah digunakan. Untuk anda yang ingin menonton filem ini, Geostormbakal ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 12 Oktober.

Sumber

kepohkuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *