Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara – Nasional

Posted on

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kementerian Luar hari ini mengeluarkan arahan larangan perjalanan kepada seluruh rakyat negara ini ke Korea Utara sehingga diberitahu kelak.

Menurutnya dalam satu kenyataan, perintah larangan itu dibuat berikutan keadaan tegang di Semenanjung Korea dan berkaitan dengan kebimbangan pelancaran ujian peluru berpandu oleh negara tersebut.

“Larangan perjalanan ini akan disemak semula selepas keadaan kembali normal,” katanya di sini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihaknya di talian 03-80008000 (ketika waktu pejabat) dan 03-88874570 (selepas waktu pejabat). – UTUSAN ONLINE

utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *