Potret Suu Kyi di Oxford diganti – Luar Negara

Posted on

LONDON 30 Sept. – Universiti Oxford menurunkan potret pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan masyarakat dunia terhadap beliau dalam menangani isu etnik Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar sejak beberapa bulan lalu.

Potret tersebut dipaparkan sebelum ini sebagai salah satu tanda kebanggaan oleh pihak universiti kepada Suu Kyi yang pernah menuntut di situ.

Kini, potret beliau yang digantung di Kolej St. Hugh digantikan dengan lukisan baharu dihadiahkan oleh artis Jepun iaitu Yoshihiro Takada.

Suu Kyi merupakan graduan dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum melengkapkan pengajian sarjananya setahun kemudian.

Bagaimanapun, pihak universiti enggan memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung tindakan menggantikan potret Suu Kyi itu.

“Lukisan Suu Kyi telah dipindahkan ke lokasi selamat,” ujar pihak universiti berkenaan. – AFP

utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *