“Mana Seksi? Bukannya Bogel!” Itu Urusan Saya Dengan Tuhan! “Kutayang Lurah Tapi Ku Bukan Murah” – Zizi Kirana – Kepoh Kuat

Posted on

PENYANYI Zizi Kirana tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana individu dalam lagu terbaharunya berjudul Boleh Jalan.

Menurut Zizi, 32, lagu tersebut dihasilkan untuk menegur netizen yang sering mengkritik dan meninggalkan komen tidak bermoral mengenai sesuatu isu di alam maya.

“Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.

Siapakah individu bergelar “Datuk gatal bermata keranjang” yang dimaksudkan dalam lirik penyanyi sensasi Zizi Kirana?

Lirik lagu Boleh Jalan menceritakan kisah seorang Datuk yang mengirim mesej peribadi, atau DM, ke Instagram untuk menaja kehidupannya.

Datuk yang “pantang tengok dahi licin” menggunakan alasan perniagaan untuk mengajaknya keluar makan malam tetapi ditolak dengan ungkapan “boleh blah”.

Mempersoalkan motif Datuk itu, Zizi menyifatkan lebih baik “lepak di kedai mamak” menonton bola sepak daripada melayan lelaki “gatal yang sengal”.

“Mana Seksi? Bukannya Bogel!” – Zizi Kirana

“Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka.

Zizi tidak kisah dikecam kerana berpakaian seksi.

Dikecam isu pakaian seksi baru-baru ini, beliau juga menyampai mesej melalui lagu itu walau “kutayang lurah tapi ku bukan murah”.

Beliau menegaskan tidak akan menyesal walau tidak dapat menikmati kekayaan Datuk yang “muka tebal” itu.

“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Waris itu telah di muat naik di laman YouTube dua minggu lalu dan mendapat hampir 300,000 kali jumlah tontonan.

Meskipun menerima kritikan dan kecaman kerana liriknya, Zizi turut tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar di laman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *