Kesedaran PKS mengenai Revolusi Industri 4.0 masih di tahap sederhana – Nasional

Posted on

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kesedaran mengenai Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih di tahap sederhana.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, pengusaha PKS perlu memahami kepentingan revolusi itu bagi melonjakkan perniagaan ke peringkat yang lebih jauh.

“Saya melihat kefahaman PKS kita masih sederhana. Oleh sebab itulah perlunya ada dialog sebegini untuk memastikan mesej yang kita ingin sampaikan, dapat sampai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel Dialog Kesiapsiagaan PKS Bumiputera ke arah Megatrend dan Revolusi Industri 4.0, di sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel dialog berkenaan ialah Ketua Eksekutif, SME Corp. Malaysia, Datuk Dr. Hafsah Hashim; Setiausaha Agung, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof. Datuk Dr. Hasan Mad, dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd. Nordin Abbas selaku pemudah cara.

Yang turut hadir merasmikan dialog berkenaan, Pengerusi, SME Corp. Malaysia, Tan Sri Dr. Mohamed Al-Amin Abdul Majid,

Antara ciri-ciri Revolusi 4.0 termasuk peningkatan automasi berserta rangkaian Internet, dan pengurusan data besar.

Penerapan ciri-ciri ini di dalam aktiviti perniagaan PKS dapat meningkatkan produktiviti dan pengeluaran yang optimum bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah melalui proses yang lebih cekap dan fleksibel.

Sesi Dialog anjuran SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM) ini bertujuan untuk membudayakan pemahaman Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan PKS tempatan dan memastikan mereka cukup bersedia menghadapi pasaran perniagaan yang semakin mencabar. – UTUSAN ONLINE

utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *