INI DIA GAMBAR BAKAL ISTERI ABAM CANTIK ORANGNYA. ABAM BOCEY UMUM AKAN KAWIN 08 DISEMBER 2017.. TAHNIAH..! – Kepoh Kuat

Posted on

Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.

Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.

Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).

Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.

Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.

Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:

Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.

Ini komen Abam:

“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”

Memang seorang anak yang baik Abam ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.

Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!

Sumber: BeritaHarian

 

Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2ml32Ua via babab.net