“Hanya Tinggal Seluar Dalam” – Syamel Digoda – Kepoh Kuat

Posted on

Syamel intai peluang di luar negara.

“Paling penting bahagian ‘dalam’ dapat ditukar tetapi memang masalah juga kerana semua baju penting dalam bagasi.

“Walaupun pelbagai pengalaman pahit berlaku tetapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memori untuk saya kenang di kemudian hari,” katanya.

Bercakap mengenai festival itu, Syamel berkata, ia adalah pengalaman berharga buat dirinya selain melihat banyak peluang dan potensi untuk penyanyi dari Malaysia melebarkan sayap ke luar negara.

“Apa yang saya lihat banyak perkara sebenarnya kita boleh buat di luar meskipun berlainan bahasa dan budaya tetapi masyarakat di China sangat menghargai sesebuah karya.

“Penyertaan saya itu sebenarnya membuka mata bahawa kita ada peluang untuk memperkenalkan muzik tempatan di luar negara,” katanya.

Semua peserta yang bakal berentap di AJL32.

Selain Malaysia, festival bukan berbentuk pertandingan itu turut menyaksikan persembahan peserta daripada Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan dan Turkmenistan.

Beralih kepada dua lagunya berjaya mara ke AJL32, Syamel berkata, dia menganggap perkara itu sebagai hikmah selepas kontroversi melandanya dirinya pada pertandingan itu tahun lalu.

Jelas Syamel, walaupun ada perasaan fobia namun keputusan dibuat pihak juri memberi kelegaan pada dirinya selain teruja memandangkan dia masih baharu sebagai komposer.

“Jujur saya fobia dengan apa jadi dahulu tetapi saya sudah lupakan perkara itu kerana menganggap ia bukan rezeki.

“Dua lagu terpilih pada tahun ini saya anggap ia hikmah daripada apa yang berlaku dahulu dan sebagai seorang penyanyi dan komposer ia pencapaian besar,” katanya.

Tahun lalu, lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Sumber : mstar via Keramat Viral