“Hanya Tinggal Seluar Dalam” – Syamel Digoda – Kepoh Kuat

Posted on

KEHADIRAN penyanyi Syamel mewakili Malaysia pada festival muzik ABU TV song Festival 2017 yang diadakan di Chengdu, China pada 1 November lalu rupa-rupanya meninggalkan banyak memori pahit dan manis buat dirinya.

Dedah bekas juara program Akademi Fantasia 2015 ini, ketika berada di negara itu Syamel terkejut apabila seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu menawarkan diri untuk mengikutnya pulang ke hotel penginapannya.

Kata Syamel lagi, pada awalnya dia menyangka wanita itu bergurau namun merasakan ada sesuatu tidak kena apabila beberapa kali wanita itu mengulangi hajat untuk mengikutnya pulang.

“Terkejut juga apabila digoda oleh krew produksi dan dia berani memberitahu mahu mengikut saya balik ke hotel.

“Ingatkan dia bergurau tetapi apabila tengok seperti lain sahaja saya pun jadi takut,” katanya.

Syamel baru sahaja pulang dari mengadakan persembahan di Chengdu, China.

Syamel ditemui pada pertandingan Semi Final Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada malam Ahad.

Dua buah lagu ciptaan Syamel iaitu Aku Cinta duet bersama Erni Zakri dan Lebih Sempurna layak ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Bagaimanapun kata Syamel, dia menolak secara baik permintaan wanita itu kerana sedar pemergiannya ke China bukan untuk menimbulkan masalah selain tidak tahu niat sebenar wanita itu.

“Sudah tentu saya tolak secara baik permintaannya itu dan saya ke China bukannya hendak buat perkara bukan-bukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, cerita Syamel lagi, kisah malangnya bermula ketika dia dalam perjalanan ke China apabila bagasinya ‘hilang’ sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai pakaian bersih untuk dipakai selama tiga hari.

“Bayangkanlah beg hilang! Apa yang saya hendak pakai? Mujur juga saya bawa beg galas yang saya simpan barangan penting selain tiga helai seluar dalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *