Haiwan Purba Berusia 600 Tahun Ditemui Mati Di Vietnam, Satu Petanda Buruk Menurut Mitos! – Kepoh Kuat

Posted on

Apabila labi-labi ini telah ditemui mati, masyarakat Vietnam mempercayai dan berasa khuatir satu perkara buruk akan berlaku. Namun pakar veterinar dan penyelidik mengesahkan kematian labi-labi ini berpunca dari perubahan cuaca dan sebab semulajadi.

Samada labi-labi ini telah berusia lebih 600 tahun dan membawa kuasa ajaib, semuanya terpulang kepada kepercayaan masyarakat Vietnam itu sendiri.

Apa yang penting, para saintis mengesahkan spesis labi-labi terbesar di dunia ini merupakan spesis labi-labi paling unik dan jarang ditemui di dunia selepas Lonesome George, spesis kura-kura gergasi tunggal yang berada di Pulau Abingdon, Galapagos. Kedua spesis ini merupakan spesis kura-kura paling terancam di dunia dan hampir pupus.

Sumber: Era Baru