Elyana dedah sakit kanser tahap 4 di gegar vaganza – Kepoh Kuat

Posted on

Dalam saingan Kaum Kerabat, penyanyi Elyana diumumkan tersingkir pada minggu ini dalam Konsert Minggu Kelima, Gegar Vaganza 4.

 

Elyana menyampaikan lagu Sepi daripada Yuni Shara.

 

Terdahulu, Elyana beberapa minggu sebelum ini juga tersenarai antara peserta yang berada pada kedudukan bawah.

 

Dalam ucapan terakhirnya Elyana sempat berkongsi bahawa dirinya merupakan pesakit kanser tahap empat, dan memberi dorongan kepada pesakit kanser lain untuk terus berjuang dalam kehidupan.

Dan sewaktu ditemuramah oleh DS Vida, Elyana menyatakan dia menghidap kanser Limfoma.  Kanser tersebut telah menyerang ke seluruh badan beliau termasuk organ penting iaitu paru-paru dan jantung. Beliau juga pernah menjalani kemoterapi dan kali terakhir pada awal tahun ini.

 

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.

Kami di sini mendoakan yang terbaik buat Elyana. Semoga sembuh dan dipermudahkan segala urusan Elyana.

VIDEO:

 

 

 

 

Sedikit perkongsian informasi tentang kanser limfoma.

 

APA ITU KANSER LIMFOMA?

 

Kanser Limfoma adalah merupakan kanser kalenjar darah yang mana sel darah putih lymphocytes akan menggandakan bilangannya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Pesakit lymphoma juga akan mengalami bengkak pada kalenjar nodus lima di leher, ketiak dan celah kelengkang.

 

Kalenjar nodus limfa ini akan membengkak kerana terdapat kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kuman di dalam tubuh. Ia juga akan menyebabkan sel-sel darah putih lymphocytes tidak normal akan berkumpul di bahagian tersebut dan membentuk bengkakkan kanser.

 

Sel-sel kanser ini akan merebak ke seluruh tubuh dan mengganggu bekalan oksigen dan nutrien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *