2 lori angkut 85 batang kayu balak haram ditahan – Jenayah

Posted on

SIBU 28 Sept. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menahan dua lori membawa muatan 85 batang kayu balak yang ditebang secara haram di Jalan Salim Ulu Lanang di sini, malam tadi.

Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, kedua-dua lori bersama pemandunya ditahan kira-kira pukul 11.15 malam dalam s operasi Landai.

Katanya, hasil pemeriksaan, anggotanya telah menemukan 85 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dianggarkan bernilai RM20,000 disyaki ditebang secara haram dalam dua lori berkenaan.

“Dua pemandu lori yang diperiksa, gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan kayu balak yang dibawa dan mendapati tiada tanda tukul serta hakmilik daripada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di setiap batang kayu berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *